Pada hari ini, Sabtu, 25 April 2026, Pusat Sumber Tingkatan Enam SMJK Hua Lian, Taiping telah menerima kunjungan para guru sekolah ini bagi menghadiri Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP), iaitu sesi bimbingan penulisan kajian tindakan. Penceramah ialah Pn. Theh Sui Ai. Sesi bimbingan ini dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kumpulan A, 50 guru (11.45 pagi–12.45 tengah hari) dan Kumpulan B, 48 guru (10.30–11.30 pagi).


