Wednesday 18 September 2019

Sekolah Ditutup Hari Khamis (19 September 2019)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Larut Matang dan Selama.

Oleh kerana IPU melebihi bacaan 200 pada jam 5.00 petang tadi. Dimaklumkan bahawa semua sekolah di Daerah Larut Matang dan Selama ditutup esok, Khamis, 19 September 2019.

Dimohon jasa baik Pengetua dan Guru Besar untuk memaklumkan kepada ibu bapa, penjaga, PIBG serta guru-guru sekolah tuan.

Pihak tuan juga dimohon untuk mengikut arahan Surat Siaran KPM Bil. 1 Tahun 2019 dan mengisi link URL :
https://forms.gle/LCBpYrcvH8unhSQv7

Semua guru dan AKP dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Dimohon juga guru-guru yang mengajar pada sesi petang hari ini dapat menyediakan tugasan yang sesuai untuk murid untuk dilaksanakan di rumah pada esok hari.

Lt Kol Syed Nasir Bin Sayed Mahadi
Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama

Tuesday 3 September 2019

Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Tingkatan Enam Sesi 2019/2020

Majlis Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Tingkatan Enam Sesi 2019/2020
Tarikh : 3.9.2019 (Selasa)
Mass : 7.15 -7.30 pagi
Tempat : Kawasan Roll Call